dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Melugu, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Pendidikan

Berikut adalah institusi pendidikan yang terdapat di sekitar Kampung Melugu.

Tadika Kemas Melugu Skim

Tadika Kemas Melugu Skim terletak di kawasan yang dimiliki oleh Sarawak Plantation Services Sendirian Berhad. Tadika kemas ini terdiri daripada murid-murid yang berumur 4 – 6 tahun. Sesi pembelajaran adalah dari pukul 8 pagi hingga pukul 12 tengahari.

Sekolah Kebangsaan Melugu

Sekolah Kebangsaan Melugu dikategorikan sebagai sekolah luar bandar yang hanya menjalankan sesi pembelajaran pada sebelah pagi sahaja. Murid-murid terdiri daripada pelajar harian dan pelajar asrama yang datang daripada kawasan sekitar Melugu. Sekolah ini mempunyai 14 buah kelas yang terdiri daripada prasekolah dan Tahun 1 hingga Tahun Enam.

Sekolah Menengah Kebangsaan Melugu

Sekolah Menengah Kebangsaan Melugu menjalankan sesi pembelajaran pada sebelah pagi sahaja. Sekolah ini terletak kira-kira 1 km daripada SK Melugu. Pelajar terdiri daripada pelajar harian dan asrama yang datang daripada kawasan sekitar Kampung Melugu seperti Klauh, Po-Ai dan Engkeramut.

© Semua Hakcipta Terpelihara.