NADI MELUGU X USAHAWAN – LIVE WEBINAR: PEMASARAN
5 Februari 2026 | Aktiviti TerkiniSatu sesi LIVE webinar telah berlangsung dengan tajuk “Pemasaran” sebagai platform perkongsian ilmu bagi meningkatkan kefahaman peserta terhadap asas dan strategi pemasaran dalam era digital.
Webinar ini membincangkan konsep pemasaran secara menyeluruh, merangkumi pengenalan kepada sasaran pelanggan, penjenamaan, strategi promosi serta penggunaan media sosial sebagai saluran pemasaran yang berkesan. Peserta turut didedahkan kepada teknik pemasaran yang praktikal dan sesuai diaplikasikan dalam perniagaan kecil serta inisiatif keusahawanan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: