NADI MELUGU X USAHAWAN – TONTONAN VIDEO: PENGENALAN MARKETING MIX (PEMASARAN 4P)

3 Februari 2026 | Aktiviti Terkini

Satu sesi tontonan video bertajuk “Pengenalan Marketing Mix (Pemasaran 4P)” telah dilaksanakan sebagai medium pembelajaran bagi memberi pendedahan asas kepada peserta mengenai konsep pemasaran yang penting dalam perniagaan.

Video ini menerangkan elemen utama dalam Marketing Mix iaitu Produk, Harga, Tempat dan Promosi (4P) yang menjadi asas dalam merangka strategi pemasaran yang berkesan. Penyampaian secara visual dan ringkas membantu peserta memahami bagaimana setiap elemen 4P saling berkait dalam memenuhi keperluan pelanggan dan mencapai matlamat perniagaan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali