Nadi Melugu X Wellbeing – Webinar: Lupa Biasa Atau Demensia? Kenali Tanda-Tanda Awal Sebelum Terlambat
19 April 2026 | Aktiviti TerkiniSatu perkongsian bertajuk “Lupa Biasa atau Demensia? Kenali Tanda-Tanda Awal Sebelum Terlambat” telah diadakan bagi meningkatkan kesedaran tentang perbezaan antara lupa biasa dan Demensia.
Perkongsian ini menjelaskan bahawa lupa biasa adalah perkara normal, manakala demensia melibatkan kemerosotan fungsi ingatan dan pemikiran yang boleh menjejaskan kehidupan harian. Antara tanda awal termasuk kerap lupa perkara penting, keliru dengan masa atau tempat, serta perubahan tingkah laku.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: