NADI MELUGU X E-SUKAN – KELAS MODUL 5: KESIHATAN MENTAL PEMAIN E-SUKAN

13 Februari 2026 | Aktiviti Terkini

Kelas bertajuk “Modul 5: Kesihatan Mental Fizikal Pemain E-Sukan’’ ini dilaksanakan sebagai kesinambungan program pembangunan e-sukandilaksanakan bagi memberi pendedahan kepada para peserta mengenai kepentingan penjagaan kesihatan mental dalam bidang e-sukan yang semakin berkembang pesat.

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang cabaran emosi dan tekanan yang sering dihadapi oleh pemain e-sukan, termasuk stres pertandingan, keletihan mental, pengurusan masa serta keseimbangan antara permainan dan kehidupan seharian. Penceramah turut berkongsi teknik pengurusan tekanan, kepentingan rehat yang mencukupi, amalan gaya hidup sihat serta sokongan sosial dalam memastikan prestasi pemain kekal konsisten dan positif.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali