PROGRAM NADI X CYBERSECURITY SHIELD- LINDUNGI DATA PERIBADI

18 Mei 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Mei 2025, satu program webinar yang bertajuk SHIELD- LINDUNGI DATA PERIBADI telah dianjurkan dan dihadiri oleh peserta yang berumur 13 tahun ke atas. Peserta telah diberi pendedahan tentang ancaman keselamatan siber yang semakin meningkat serta kepentingan melindungi maklumat peribadi dalam dunia digital masa kini. Taklimat ini menekankan bahawa data peribadi seperti nombor kad pengenalan, maklumat kewangan, dan butiran akaun mudah terdedah kepada eksploitasi jika langkah perlindungan tidak diambil. Antara topik utama yang dibincangkan termasuk serangan phishing, pencurian identiti, dan penipuan dalam talian yang sering menyasarkan maklumat peribadi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali