LATIHAN ATAS TALIAN TINGKATKAN KEMAHIRAN PENGURUSAN

16 Mei 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Mei 2025, satu sesi latihan “Strategic Thinking: From Vision to Action” telah diadakan melibatkan penyertaan para pengurus dan penolong pengurus. Sesi ini bertujuan untuk meningkatkan keupayaan peserta dalam berfikir secara strategik serta menterjemahkan visi organisasi kepada tindakan yang berimpak.

Dalam latihan ini, para peserta didedahkan kepada konsep asas pemikiran strategik, kaedah merancang tindakan jangka panjang, serta pendekatan untuk menjajarkan matlamat individu dan pasukan dengan objektif organisasi. Selain itu, penekanan turut diberikan kepada kemahiran menganalisis persekitaran dalaman dan luaran, serta membuat keputusan berasaskan data dan wawasan masa depan.

Latihan ini diharap dapat memperkasakan pengurus dan penolong pengurus dalam menyumbang secara lebih efektif terhadap perancangan dan pelaksanaan strategi organisasi, seterusnya memacu pencapaian yang lebih cemerlang dan mampan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali