LATIHAN ATAS TALIAN TINGKATKAN KEMAHIRAN PENGURUSAN

15 Mei 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Mei 2025, satu sesi latihan bertajuk “Empowering Your Communication & Networking Skills” telah diadakan melibatkan penyertaan para pengurus dan penolong pengurus. Latihan ini telah disertai oleh para pengurus dan penolong pengurus dengan tujuan untuk memperkukuh kemahiran komunikasi serta jaringan profesional mereka.

Sepanjang sesi, para peserta didedahkan kepada pelbagai strategi komunikasi berkesan dan teknik membina rangkaian yang kukuh dalam dunia profesional. Program ini bukan sahaja membantu meningkatkan keyakinan diri dalam berkomunikasi, malah turut menekankan kepentingan hubungan interpersonal dalam pengurusan organisasi.

Latihan ini diharapkan dapat memperkasakan peranan pengurus dan penolong pengurus dalam menjalankan tanggungjawab mereka dengan lebih berkesan serta memperluas jaringan kerjasama yang strategik demi kecemerlangan organisasi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali