PROGRAM NADI X KIDVENTURE (KOHORT 3)
22 Jun 2025 | Aktiviti TerkiniPada 21 Jun 2025, satu sesi webinar memberi fokus kepada Sesi Pengenalan Business Model Canvas telah ditayangkakn di NADI Melugu sebagai sebahagian daripada program bimbingan awal kepada usahawan cilik yang berminat untuk memulakan perniagaan sendiri.
Program ini bertujuan untuk memperkenalkan konsep asas model perniagaan dengan cara yang mudah difahami dan interaktif, bagi menanam minat keusahawanan sejak usia muda.
Melalui aktiviti yang dijalankan, peserta didedahkan kepada komponen penting dalam Business Model Canvas seperti segmen pelanggan, nilai cadangan, saluran, dan sumber utama perniagaan. Sesi ini memberi peluang kepada kanak-kanak untuk berfikir secara kreatif dan membina keyakinan dalam meneroka idea perniagaan mereka sendiri.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: