LATIHAN ATAS TALIAN PENGETAHUAN PRODUK: MENEROKAI KUASA KECERDASAN BUATAN (AI)
21 Jun 2025 | Aktiviti TerkiniPada 20 Jun 2025, satu sesi latihan “Product Knowledge: Unlocking the power of AI” telah diadakan melibatkan penyertaan para pengurus dan penolong pengurus. Sesi ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta mengenai potensi dan kepentingan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam meningkatkan kefahaman produk serta memperkasakan strategi pemasaran dan perniagaan masa kini.
Sepanjang sesi, para peserta didedahkan kepada asas penggunaan AI, cara AI dapat membantu dalam pengurusan data, serta penerapan AI dalam memaksimumkan keberkesanan produk dan perkhidmatan. Latihan ini telah memberi manfaat besar kepada semua yang terlibat dalam memperkukuhkan kemahiran digital serta mempersiapkan diri menghadapi cabaran teknologi yang semakin pesat berkembang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: