PROGRAM NADI X KIDVENTURE (KOHORT 3)

15 Jun 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Jun 2025, sesi tontonan video interaktif yang memberi fokus kepada Pelan Perniagaan dan Perancangan Kewangan telah ditayangkakn di NADI Melugu sebagai sebahagian daripada program bimbingan awal kepada usahawan cilik yang berminat untuk memulakan perniagaan sendiri.

Para peserta, yang terdiri daripada golongan kanak-kanak dan remaja, menunjukkan minat yang tinggi sepanjang sesi. Video yang disampaikan dalam bentuk animasi dan bahasa yang mudah difahami berjaya menarik perhatian mereka dan menanamkan minat terhadap dunia keusahawanan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali