PROGRAM NADI X E-KELAS KEUSAHAWANAN

13 Jun 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Jun 2025, satu bengkel pemasaran digital yang memberi tumpuan kepada Modul 2: Asas Komunikasi Visual, bengkel ini merupakan kesinambungan daripada siri latihan pemasaran digital yang bertujuan untuk memperkasakan usahawan tempatan dalam dunia digital yang semakin kompetitif.

Dalam sesi kali ini, yang memfokuskan kepada kemahiran asas dalam menghasilkan kandungan visual yang menarik dan berkesan untuk tujuan pemasaran dalam talian. Antara topik yang dibincangkan termasuk prinsip reka bentuk grafik, pemilihan warna, tipografi, serta penggunaan elemen visual dalam membina identiti jenama.

Peserta turut diberi pendedahan kepada beberapa alat dan aplikasi reka bentuk percuma yang boleh digunakan bagi menghasilkan poster, grafik media sosial, dan bahan promosi digital lain dengan mudah. Bengkel ini turut menyediakan sesi praktikal bagi membolehkan peserta mencuba sendiri teknik asas komunikasi visual.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali