KEMPEN INTERNET SELAMAT (KIS) X NADI KLUSTER SRI AMAN
4 September 2025 | Aktiviti TerkiniPada 03 September, Nadi Kluster Sri Aman telah melaksanakan Program Kempen Internet Selamat melibatkan 76 murid keseluruhan daripada Tahap 1 dan Tahap 2 dari SK Lela Pahlawan, Sri Aman. Program ini dijalankan bertujuan untuk memberi kesedaran dan pengetahuan kepada murid tentang kepentingan penggunaan internet secara selamat dan bertanggungjawab.
Program ini turut mendapat sambutan positif daripada para guru yang melihat inisiatif ini sebagai langkah awal yang penting dalam membentuk generasi celik digital yang bijak dan beretika. Para pelajar juga menunjukkan minat dan kesungguhan sepanjang sesi berlangsung, selain dapat berinteraksi secara aktif dalam pelbagai aktiviti yang dijalankan.
Ikon K-DAT (Guru) :
Cikgu: Nur Anis Solehah Binti Abdul Halim
Jawatan: Guru ICT
Ikon K-DAT (Murid) :
Sazwa Qaleesya Binti Shahrul
Pelajar Tahun 6
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: