Webiner x Kesejahteraan Kendiri – Masalah Pembelajaran Di Kalangan Kanak-kanak

11 Januari 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 10 November 2025, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah menyertai sesi Webiner Kesejahteraan Kendiri – Masalah Pembelajaran di Kalangan Kanak-kanak yang diadakan secara maya menggunakan platform Google Meet. Webiner ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan mengenai mengenal pasti tanda-tanda awal masalah pembelajaran, memahami punca dan cara mengatasinya serta belajar strategi sokongan untuk membantu perkembangan anak-anak.

Sesi webinar kali ini telah dikongsi oleh Pn. Nur Liyana Mohd Nazli yang merupakan Dekan Sekolah Pendidikan dan Kemanusiaan UniRAZAK. Dalam webinar ini, beliau telah menerangkan mengenai kelewatan perkembangan, kesukaran akademik, masalah tingkahlaku, jenis tingkahlaku mencabar, punca kanak-kanak menunjukkan tingkahlaku mencabar, cara mengatasi masalah pembelajaran, kepentingan intervensi awal dan kaedah pengubahsuaian tingkah laku.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali