Kelas NADI x Pembelajaran Sepanjang Hayat – Mahir Foto– Intake 2 (Minggu 1)
26 Julai 2025 | Aktiviti TerkiniPada 25 Julai 2025, dua peserta dari Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah menyertai sesi Kelas NADI Mahir iaitu Mahir Foto yang diadakan menggunakan platform Google Meet.
Kelas ini bertujuan memberi pengenalan kepada pengajar dan pelajar, selain menerangkan cara menggunakan Mahir Training System (MTS) dengan lebih berkesan. Sepanjang sesi ini, peserta diberi pendedahan mengenai cara mendapatkan slaid kelas dan rakaman video secara langsung, cara berinteraksi dengan pengajar melalui fungsi chat dalam MTS, cara memuat naik surat ke dalam sistem, serta pengenalan ringkas mengenai kursus Mahir Foto yang bakal diikuti. Program ini diharapkan dapat membantu peserta memulakan pembelajaran dengan lebih teratur dan berkesan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: