NADI MELUGU X AWARENESS: SHIELD- PERISIAN BERBAHAYA

24 Julai 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Julai 2025, satu program webinar yang bertajuk SHIELD- PERISIAN BERBAHAYA. Webinar ini bertujuan untuk memberikan pendedahan awal kepada generasi muda mengenai ancaman siber yang semakin meningkat dalam dunia digital masa kini.

Para peserta diperkenalkan kepada pelbagai jenis perisian merbahaya seperti virus, trojan, dan spyware. Mereka juga diajar tentang cara-cara mengenali tanda-tanda peranti telah dijangkiti serta langkah-langkah asas untuk melindungi diri ketika menggunakan internet dan peranti digital.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali