NADI MELUGU X WELLBEING – “Saya Tak Nak Label Anak Saya Autisme – Tapi Kenapa Diagnosis Itu Penting?”
17 Julai 2025 | Aktiviti TerkiniPada 16 Julai 2025, satu webinar bertajuk “Saya Tak Nak Label Anak Saya Autisme – Tapi Kenapa Diagnosis Itu Penting?” bagi membincangkan isu yang semakin mendapat perhatian dalam kalangan ibu bapa dan masyarakat umum. Program ini mengetengahkan kepentingan mendapatkan diagnosis awal terhadap anak-anak yang menunjukkan tanda-tanda gangguan spektrum autisme (ASD), serta menangani stigma yang sering dikaitkan dengan label “autisme”.
Antara topik utama yang dibincangkan termasuklah perbezaan antara label dan diagnosis klinikal, bagaimana diagnosis dapat membantu dalam intervensi awal dan perancangan pendidikan, serta kepentingan sokongan emosi kepada ibu bapa dan penjaga.
Program ini turut menampilkan pakar psikologi kanak-kanak, guru pendidikan khas serta ibu bapa yang berkongsi pengalaman mereka dalam menghadapi cabaran dan kejayaan selepas menerima diagnosis autisme bagi anak-anak mereka.
Melalui perkongsian ini, podcast tersebut diharapkan dapat membuka minda masyarakat tentang kepentingan diagnosis yang tepat bagi memastikan anak-anak mendapat sokongan dan bantuan yang sesuai dengan keperluan mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: