PERBINCANGAN AWAL KEMPEN INTERNET SELAMAT (KIS) X NADI KLUSTER SRI AMAN
17 Julai 2025 | Aktiviti TerkiniPada 16 Julai 2025, semua Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di bawah Kluster Sri Aman telah berhimpun di NADI Kampung Hilir bagi memulakan perancangan awal pelaksanaan Kempen Internet Selamat untuk pelajar sekolah.
Dalam perhimpunan tersebut, para wakil NADI telah dibahagikan kepada dua kumpulan dan diarahkan untuk mengadakan perbincangan bersama pihak pengurusan sekolah rendah dan sekolah menengah. Tujuan utama perbincangan ini adalah untuk merancang strategi berkesan dalam menyampaikan mesej tentang keselamatan penggunaan internet, terutamanya kepada golongan pelajar.
Kempen ini dijangka akan dilaksanakan dalam masa terdekat dengan penglibatan aktif guru, pelajar dan komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: