Kelas Nadi X Pembelajaran Sepanjang Hayat – Mahir Pertanian Pintar – Intake 1 (Minggu 11)
17 April 2025 | Aktiviti TerkiniPada 16 April 2025, 2 orang peserta dari Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah menyertai Kelas NADI Mahir iaitu Mahir Pertanian Pintar yang diadakan menggunakan platform Google Meet. Kelas yang diadakan pada minggu ke-11 ini bertujuan untuk mempelajari tentang pengurusan ladang dan sistem sokongan pertanian.
Kelas ini merupakan kesinambungan daripada kelas yang lepas. Pada kelas minggu ke-11 ini, Cikgu Ahmad Hanif memberi penerangan mengenai fungsi pengurusan, impak perubahan cuaca, amalan pertanian mampan, amalan pertanian organik, sistem pemasaran pertanian, faktor-faktor yang mempengaruhi sistem pemasaran pertanian, cara mengurangkan kerugian selepas tuai dan sumber sokongan pertanian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: