Kelas NADI x Pembelajaran Sepanjang Hayat – Mahir Baiki Gajet – Intake 1 (Minggu 14)

15 April 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 14 April 2025, 2 orang peserta dari Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah menyertai sesi Kelas NADI Mahir iaitu Mahir Baiki Gajet yang diadakan menggunakan platform Google Meet. Kelas yang diadakan pada minggu ke-14 ini bertujuan untuk mempelajari tentang cara membuka laptop model DELL XPS 13.

Kelas ini merupakan kesinambungan daripada kelas yang telah diadakan sebelum ini. Pada kelas minggu ke-14, peserta telah mempelajari tentang langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil sebelum memulakan proses membuka laptop dan cara membuka laptop DELL XPS 13 yang betul dan selamat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali