Kelas NADI x Pembelajaran Sepanjang Hayat – Mahir Jahit – Intake 1 (Minggu 8)
13 April 2025 | Aktiviti TerkiniPada 12 April 2025, peserta dari Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah menyertai sesi Kelas NADI Mahir iaitu Mahir Jahit yang diadakan menggunakan platform Google Meet. Kelas yang diadakan pada minggu ke-8 ini bertujuan untuk mempraktikkan cara mengambil ukuran dan mendraf pola kurung moden dan skirt duyung.
Kelas ini merupakan kesinambungan daripada kelas yang telah disertai pada masa yang lepas. Dalam kelas ini, peserta belajar tentang ciri-ciri baju kurung moden dan skirt duyung, carta saiz baju untuk orang dewasa dan kanak-kanak, carta saiz kain/skirt untuk dewasa dan kanak-kanak, garisan-garisan asa yang perlu diketahui, formula penting, ukuran contoh baju saiz M, keterangan mengenai pola hadapan, belakang dan tangan serta pola skirt/kain duyung.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: