Kelas NADI x Pembelajaran Sepanjang Hayat – Mahir Masak – Intake 1 (Minggu 15)
12 April 2025 | Aktiviti TerkiniPada 11 April 2025, peserta dari Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah menyertai sesi Kelas NADI Mahir iaitu Mahir Masak yang diadakan menggunakan platform Google Meet. Kelas yang diadakan pada minggu ke-15 ini bertujuan untuk mempelajari tentang menu masakan barat.
Kelas ini merupakan kesinambungan daripada kelas yang telah diadakan sebelumnya. Terlebih dahulu, Cikgu Ros memaklumkan bahawa kelas pada minggu hadapan adalah kelas gabungan iaitu membuat sos pizza dan lasagna.
Dalam kelas minggu ini, Cikgu Ros telah membimbing peserta langkah demi langkah untuk membuat 3 menu masakan barat iaitu pan fried seabass with lemon butter sauce, chicken chop with mushroom sauce dan beef steak with blackpepper sauce. Langkah-langkah ini merangkumi cara filet ikan siakap, teknik perapan, penyediaan lemon butter sauce, mushroom sauce dan blackpepper sauce.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: