NADI MELUGU X AWARENESS – SHIELD: PEMBELIAN DALAM TALIAN
19 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniSatu program webinar yang bertajuk SHIELD: PEMBELIAN DALAM TALIAN telah dijalankan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai keselamatan ketika melakukan urus niaga dalam talian.
Webinar ini menekankan kepentingan berbelanja secara bijak dan selamat di platform e-dagang, termasuk mengenali taktik penipuan siber, langkah-langkah perlindungan data peribadi, serta kaedah pengesahan identiti penjual.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: