KEMPEN INTERNET SELAMAT (KIS) X NADI KLUSTER SRI AMAN
16 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniPada 15 Ogos, seramai 5 wakil daripada Nadi Kluster Sri Aman telah melaksanakan Program Kempen Internet Selamat melibatkan 39 murid keseluruhan daripada Tahap 1 dan Tahap 2 dari SK Paku Sri Aman. Program ini dijalankan bertujuan untuk memberi kesedaran dan pengetahuan kepada murid tentang kepentingan penggunaan internet secara selamat dan bertanggungjawab.
Melalui pelaksanaan RSP Modul 1 dan Modul 2, para peserta didedahkan dengan pelbagai aspek keselamatan digital termasuk cara melindungi maklumat peribadi, mengenal pasti risiko siber seperti buli siber dan penipuan dalam talian, serta mengamalkan etika penggunaan internet dalam kehidupan seharian.
Program ini turut mendapat sambutan positif daripada para guru yang melihat inisiatif ini sebagai langkah awal yang penting dalam membentuk generasi celik digital yang bijak dan beretika. Para pelajar juga menunjukkan minat dan kesungguhan sepanjang sesi berlangsung, selain dapat berinteraksi secara aktif dalam pelbagai aktiviti yang dijalankan.
Ikon K-DAT :
Ikon K-DAT (Guru) :
- Kamariah Binti Bujang Wali-Ee
- Jawatan: Guru ICT
- Caroline Laie Anak Collin
- Pelajar Tahun 6
- Encik Sedino Anak Tiat (Guru Besar)
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: