Skim MySalam – Perlindungan B40
8 Disember 2024 | Aktiviti TerkiniPada 7 Disember 2024, pihak dari MySalam Hospital Sri Aman telah membuka kaunter pendaftaran bagi memudahkan warga yang berumur 18 – 65 tahun untuk memeriksa kelayakan menerima bantuan MySalam ini.
Skim perlindungan ini merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh Kerajaan yang memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat melalui Tabung Amanah my Salam.
Kelayakan untuk menjadi ahli mySalam ini adalah sepenuhnya berdasarkan kelayakan dalam Bantuan Khas Kerajaan seperti BR1M, BSH, BPR, BKM, STR) yang dikemaskini setiap tahun melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Skim ini menawarkan perlindungan terhadap 45 penyakit kritikal dengan pembayaran tunai berjumlah RM8,000 yang dibayar sekali seumur hidup. Pembayaran tunai sebanyak RM50 untuk satu hari sekiranya pesakit berkelayakan dimasukkan ke wad hospital kerajaan. Pesakit boleh menuntut di mana-mana kaunter mySalam selepas mendapat pelepasan keluar wad beserta dokumen berkaitan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: