dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Melugu, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas PC Hardware – PC Parts & Components, Microsoft Office – Words, Advokasi & Uptoten

04 November 2017 | Aktiviti Terkini

Pada 3 November 2017, Pusat Internet 1 Malaysia Melugu telah mengadakan kelas PC Hardware iaitu PC parts & components, Microsoft Office – Words, advokasi dan Uptoten. Peserta didedahkan kepada komponen-komponen komputer dan fungsinya seperti monitor, skrin komputer, tetikus dan papan kekunci. Peserta turut diajar langkah demi langkah untuk membuka Microsoft Office Words 2016. Mereka diajar cara untuk menaip biodata diri sebagai latihan dan untuk membiasakan mereka dengan penggunaan Microsoft Office Words.

Dalam kelas ini juga para peserta telah digalakkan untuk membeli peralatan komunikasi yang mempunyai label MCMC sebagai pengesahan peralatan tersebut telah diperakukan mengikut standard-standard yang ditetapkan. Mereka juga telah diterangkan cara untuk mengenalpasti peralatan elektrik dan elektronik yang dapat dikategorikan sebagai e-sisa (e-waste). Selain itu, mereka ditekankan mengenai faktor yang menyebabkan pertambahan e-sisa dan kesan-kesan yang akan dihadapi sekiranya pelupusan e-sisa tidak diuruskan secara berhemah.

Untuk menambah minat pelajar dalam bidang pembelajaran, peserta digalakkan untuk membuka laman web Uptoten yang dikhaskan untuk kanak-kanak sekolah rendah. Laman web ini menyediakan pelbagai permainan bercorak pendidikan untuk perkembangan minda kanak-kanak seperti menyanyi, video pendidikan, mewarna, teka-teki dan pelbagai lagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.